TANAH MERAH: "Abang tak boleh tolongkah?” Itu kata seorang lelaki Rohingya yang cuba merasuah polis RM100 bagi melepaskan adiknya yang ditahan kerana memandu tanpa lesen di Alor Pasir di sini pada Rabu.
Suspek berusia 30-an itu cuba memberi sogokan tersebut ketika hadir ke kaunter Balai Polis Bukit Panau pada jam 9.05 malam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, suspek hadir ke balai itu bertanyakan tentang adiknya yang ditangkap oleh pihak polis pada jam 6.40 petang hari sama.
Menurut beliau, anggota bertugas memaklumkan bahawa adiknya yang ditangkap masih berada dalam kawalan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
“Dia bagaimanapun berkata kepada anggota polis yang bertugas: “abang tak boleh tolongkah?”
“Saya mahu bayar RM300 kalau abang lepas adik saya”. Sambil menghulurkan wang tunai RM100 kepada anggota polis,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Menurut Mohd Haki, rasuah tersebut dipercayai sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas adik lelakinya yang ditahan kerana memandu tanpa lesen sebelum itu.
Katanya, semasa pemeriksaan di dalam kereta jenis Nissan Sentra yang dipandu adik suspek, adiknya itu juga sudah cuba merasuah RM100 kepada polis yang menjalankan tugas ronda cegah jenayah.
“Sebelumnya, polis melihat kereta mencurigakan dan membuat pemeriksaan sebelum mendapati terdapat dua warga Myanmar di dalamnya kenderaan itu.
“Apabila pemandu diminta untuk tunjukkan lesen, dia gagal dan cuba menyogok polis dengan menghulurkan wang tunai berjumlah RM100 sebagai duit kopi,” ujarnya.
Beliau berkata, susulan itu, kedua-dua mereka ditahan dan wang sogokan dirampas untuk diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sebagai bukti dan tindakan lanjut.
Ujar Mohd Haki, amat berbesar hati terhadap sikap yang ditunjukkan oleh anggotanya dalam menolak wang rasuah berkenaan.
“Syabas kepada anak buah saya kerana mempamerkan sikap yang amanah dan berintegriti dalam menjalankan tugas.
“Selainya, saya memberi amaran dan akan mengambil tidakan tegas kepada pihak yang memberi sogokan kepada mana-mana polis yang menguatkuasakan undang-undang,” kata beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 13 2023
Mohd Haki berkata, rasuah yang ditawarkan lelaki Rohingya itu dipercayai sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas adik lelakinya yang ditahan sebelum itu. - Gambar fail BERNAMA
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penduduk kampung mohon bantuan usir warga Rohingya
Penduduk terpaksa mengambil tindakan itu kerana kawasan persekitaran tempat tinggal mereka itu agak kotor dengan dipenuhi sampah sarap.
Polis tahan tiga beranak warga Rohingya terlibat pecah rumah
Wanita berusia 33 tahun dan dua anak perempuannya berumur 13 serta 14 tahun ditahan ketika cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa.
Angkara cemburu, lelaki ditikam lebih 40 kali
Polis Kelantan mendedahkan punca kematian seorang lelaki etnik Rohingya di Kampung Melor Lama di sini pada Selasa adalah angkara cemburu.
Ditahan memandu tanpa lesen, lelaki Rohingya cuba sogok polis
Suspek hadir ke balai itu bertanyakan tentang adiknya yang ditangkap oleh pihak polis pada jam 6.40 petang hari sama.
Warga Rohingya didakwa amang seksual, rogol kanak-kanak
Mahkamah menetapkan tertuduh tidak boleh diikat jamin serta kes akan disebut semula pada 2 September.
Kanak-kanak dan remaja lelaki Rohingya lemas di Sungai Tebrau
Seorang kanak-kanak dan seorang remaja Rohingya ditemukan lemas ketika sedang mandi sungai di Sungai Tebrau.
72 tahanan Rohingya masih diburu - Polis
Polis masih mengesan baki 72 tahanan pelarian etnik Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.
Kerajaan kaji semula pemberian pemegang Kad UNHCR kepada pelarian etnik Rohingya - Hamzah
Kajian itu perlu susulan ratusan tahanan etnik itu yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.
Insiden tahanan lolos dari depot Imigresen sejak 1999
Berikut adalah antara insiden tahanan lolos dari depot Imigresen dalam negara sejak tahun 1999.
Tahanan imigresen lolos: Penduduk terkejut bunyi bising, lihat tahanan keluar beramai-ramai
Terdengar bunyi bising dari luar rumah sehingga menimbulkan kebimbangan menyebabkan penduduk keluar untuk melihat apa berlaku.